Friday, December 3, 2010

Nyanyian Bidadari... ^_^


salam... hahahai... ^_^ 

saje nak berkongsi dengan semua pasal nyanyian bidadari2 syurga..... heee

Diriwayatkan oleh Ibnu Abu Zu'aib dari 'Aun bin Al-Khattab dari Abdullah bin Rafi' dari salah seorang anak Anas bin Malik dari bapanya (Anas) bahawasanya Rasulullah bersabda
'Sesungguhnya isteri-isteri di syurga akan menyanyi untuk suaminya dengan suara yang sangat merdu, belum pernah didengari oleh seseorang pun sebelum itu. Dan di antara nyanyian mereka adalah, " Kami kekal dan tidak akan mati, kami aman sejahtera dan tidak takut, kami yang bermukim dan tidak berpindah lagi"'

Setelah menyebutkan hadith tentang nyanyian para bidadari, imam Qurthubi berkata, Apabila bidadari-bidadari mengucapkan perkataan itu, maka wanita-wanita dunia menambahi mereka dengan perkataan,   
"Kami adalah orang-orang yang solat sedangkan kamu tidak melakukan solat, kami adalah orang-orang yang berpuasa sedangkan kamu tidak berpuasa dan kami adalah orang-orang yang berwudhuk sedangkan kamu tidak berwudhuk" Aisyah berkata, maka wanita-wanita dunia mengalahkan bidadari-bidadari tersebut... 

 Nampak sangat kat sini, wanita yang solehah, yang ikut segala syariatNya dan tinggalkan laranganNya itu lebih baik daripada bidadari syurga....... Wow... hebatnye kan?? lebih hebat dari bidadari tuuu....

anda, anda, anda dan anda tak nak ke jadi lebih hebat daripada bidadari syurga?? pasti semua nak kan... jadi, sama2 la kite berusaha dan berjuang untuk menjadi muslimah yang solehah oke!  selamat beramal... ^_^

Wallahu 'alam....


2 comments:

  1. ameen..
    semoga kita sama2 boleh mengalahkan bidadari syurga itu..
    ;)

    ReplyDelete
  2. insyaAllah... sme2 la kite brusaha ok.. =)

    ReplyDelete