Saturday, November 13, 2010

Ilham menerpa...... bermula ceriteraku di sini...... (^_^)


Aku mulakan bicara hati ini dengan lafaz 

Bismillahirrahmanirrahim

Pada detik jariku menari-nari rancak di atas keyboard ini, aku sebenarnya masih ragu-ragu dengan berbagai-bagai persoalan yang menerjah fikiran….
‘betul ke aku nak buat blog ni?? tapi nak bubuh apa?? nak isi fasal apa ye??
itulah perkara yang selalu bermain-main dalam benakku. Ke mana arah tujuan blogku ni sebenarnya.. apa yang perlu aku isi.. tapi, yang pasti, aku mahukan sesuatu yang memberi manfaat kepada diriku dan juga insan lain… manalah tahu andai kata ada yang tersinggah di ruang atau teratakku ini dan sudi meluangkan masa membaca tulisan-tulisanku yang tak seberapa.. insya-Allah, aku harap manfaatnya dapat juga dikongsikan bersama… ^_^ 
CINTA??
hmm…. asyik2 cinta jep…kadang-kala, bila tanganku ini rajin meng’klik’ untuk menjelajah ke sana ke mari melayari internet, selalu juga kubuka blog-blog yang ada, dan isinya tak lain tak bukan kebanyakannya tentang 'CINTA'… tak salah bercerita tentang salah satu nikmat kurniaan Tuhan kepada hamba-Nya yang terlalu indah itu… Cuma, kalau dah A-Z asyik cinta je, berpinar jugak la mata ni kan.. aku sudah pening-pening lalat dgn cerita-cerita serta al-kisah sang cintan dan si cintun yang tak kesudahan dan pelbagai ragam itu.. ^_^
Ermmm…. barangkali tentang pengalamanku atau mungkin catatan harianku??
hahaha.. entahlah… aku sendiri tak pasti… pengalaman serta kisah hidupku bukanlah terlalu menarik untuk dititipkan disini.. apa sangatlah pengalaman yang aku ada sepanjang umurku yang baru mencecah ke angka 20 ini.. namun, aku harap sedikit sebanyak  pengalaman ini mendatangkan kemanfaatan kepada insan yang lain… mungkin ada pengalaman ini yang tidak pernah dialami oleh insan lain.. kan? kerana itulah aku berhasrat mencoretnya di sini…
Blog yang cuba kuhasilkan ini adalah satu cetusan perasaanku…. setiap perkataan, serta perkara yang inginku sampaikan adalah pengalaman atau sesuatu yang kurasakan perlu untuk dirakamkan di sini… sesuatu yang perlu kusimpan kerana tidak ingin meluputkannya dari ingatan. Aku tidak mempunyai diari seperti rata-rata insan yang lain… Jadi, tidak salah rasanya andai aku simpan pengalaman-pengalaman serta cetusan ideaku di sini.. sekurang-kurangnya, blog ini boleh menjadi tempat untukku meluahkan apa yang aku rasa serta menjadi medium untukku berbicara sendiri… di sini jualah ruang bagi diriku untuk menzahirkan setiap perkara yang terlintas di benak ini…. semoga Allah merahmati apa jua yang cuba disampaikan oleh seorang hamba-Nya yang lemah, bergelar Nur Iqlima…… ^_^


No comments:

Post a Comment