Thursday, December 9, 2010

Kelebihan istighfar??


Salam semua... ^_^

entri kali ni nak share dengan semua tentang faedah-faedah istighfar...
sebab, masih ramai yang tak tahu istighfar ni terlalu banyak kelebihan dan faedahnya...
malah, kadang-kadang, kita ni lupa terus untuk beristighfar kan... 
ye la... manusia ni sering lalai leka... ada juga kita buat dosa-dosa kecil yang kita tak sedar pun.. sebab itu la kita kena selalu istighfar kan... mohon ampun kepada Allah S.W.T jika kita ada buat kesilapan dan kesalahan yang kita sendiri tak sedar.... ^_^

Merujuk kepada sekumpulan hadis mengenai soal istighfar ini, dapatlah kita mengambil kesimpulan bahawa faedah-faedah istighfar ni........

1) Memperoleh keutamaan daripada Allah dan anugerahNya...

2) Meruntuhkan tipu daya iblis dan menghancurkan kesesatan yang disuruhnya..

3) Menegaskan bahawa tiap-tiap sesuatu hanya hasil dengan iradat Allah jua...

4) Menawarkan hati yang gundah kerana dosa...

5) Menghilangkan kesusahan, meluaskan rezeki dan memenuhi hajat...

6) Memperoleh bahagian yang tertentu daripada Allah, lantaran beristighfar itu..

7) Menyucikan diri dari kesalahan...

8) Mencegah malaikat menulis kesalahan. Apabila seseorang hamba itu berdosa berhentilah malaikat seketika dari menulis kesalahan itu di dalam buku catatan amalan orang itu, menanti- nanti kalau-kalau orang itu segera beristighfar ketika itu juga. Maka, kalau si pembuat dosa itu beristighfar, malaikat itu pun tidak jadi untuk menulis dosanya..

9) Membersihkan hati daripada lalai dan melicinkan hati daripada kelupaan..

10) Mendekatkan diri kepada Allah..

11) Mewujudkan kemuliaan Allah dan menyerunya dengan nama-namaNya yang husna...

12) Mengkafarahkan sepuluh dosa..

13) Menjadi sebab diterima taubat dan memperoleh 'husnul khatimah'

14) Memperoleh keselamatan dan kesejahteraan....

haaa... tengok... banyak kan kelebihan istighfar?? tu baru sikit tuu... masih banyak lagi kelebihan-kelebihan istighfar yang kita sendiri tak tahu, tak tulis dekat sini dan ada pulak kelebihan-kelebihannya yang hanya Allah sahaja yang mengetahuinya... jadi, sama-samalah kita selalu beristighfar... malah, sekarang pun beristighfarla... mana lah tau kalau-kalau sekarang ni pun kita sedang buat dosa kan? ingat, malaikat sedang menunggu tu kalau-kalau saya, awak, awak, awak dan awak semua beristighfar lepas melakukan sesuatu dosa... jadi tak payahla malaikat mencatat kesalahan di dalam buku amalan..... Subhanallah, nampak tak  Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang?
beristighfarlah kita semua memohon keampunan padaNya.....

Wallahu 'alam..... ^_^


2 comments: