Scrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace LayoutsScrolling Glitter Text Generator & Myspace Layouts

Friday, December 10, 2010

Isteri bagaikan bidadari syurga... ^_^


Malam... ^_^
Isteri Rasulullah S.A.W, Sayidatina Khadijah tetap dikenang oleh Rasulullah kerana peribadinya yang unggul walaupun sesudah wafatnya....

Sewaktu berlaku peristiwa wahyu pertama di Gua Hira', di mana Rasulullah didatangi oleh Malaikat Jibril, baginda dengan penuh ketakutan dan menggeletar tubuhnya ketika sampai di rumah, telah disambut dengan tenang oleh sayidatina Khadijah. Dia boleh mengawal perasaannya, sedangkan dia juga tentu cemas melihatkan keadaan Rasulullah ketika itu. Bahkan beliau berusaha berjumpa Waraqah bin Naufal, bapa saudaranya untuk merujuk perkara yang berlaku...

Hasilnya, di saat genting seperti itu, Sayidatina Khadijah boleh memberi khabar gembira kepada Rasulullah bahawa bagindalah satu-satunya Rasul yang diutuskan untuk umat akhir zaman, seperti yang disebutkan di dalam kitab-kitab sebelumnya....

Sekarang, bercerita pula mengenai Ummu Sulaim. Beliau merupakan seorang isteri yang mampu tersenyum dan memberikan layanan terbaik buat suaminya, di waktu hatinya sedang bersedih kerana kematian anak yang tercinta. Cuba bayangkan, bagaimana dia mampu menahan diri daripada menceritakan musibah yang menimpa, jika dia tidak merasakan suaminya itu lebih penting dari dirinya? Lebih-lebih lagi, boleh pula dia menyampaikan berita sedih itu kepada suaminya dengan cara yang cukup bijak setelah suami yang baru pulang itu dihiburkan...

Katanya, " Wahai suamiku, jika ada orang meminjamkan barang kepada kita, sampai masanya dia mahu mengambil semula barang itu, apa patut kita buat?"

"Pulangkan," jawab suaminya. Ummu Sulaim pun berkata: "Allah telah meminjamkan seorang anak kepada kita, dan sesungguhnya Dia telah mengambilnya semula daripada kita..."

Terkejut si suami, tetapi cepat sedar dan menerima hakikat itu kerana kebijaksanaan isterinya yang solehah. Isteri yang bukan sahaja boleh menenangkan hati, bahkan mampu menunjukkan jalan. Dan mereka boleh berbuat apa sahaja untuk menjadikan rumahtangganya sebagai syurga.

Isteri seperti itulah yang kelak akan dimasukkan ke syurga dan berjumpa semula dengan suaminya. Kerana mereka seolah-olah penyambut suami di syurga, ataupun bagaikan bidadari dunia yang berdiri di pintu syurga......

oleh itu, wahai Hawa, sama2 la kita jadi isteri yang solehah dan setia kepada Adamnya.... ^_^

No comments:

Post a Comment