Sunday, February 20, 2011

Ya Allah... susahnya nak cari lelaki yang solat 5 waktu sehari semalam....

Assalamua'laikum readers....harap anda semua sihat di malam buta ni ye.. heee...
maaf, kalau ada yang tidak setuju dengan statement di atas....
maaf juga kepada seluruh kaum Adam jika anda terasa....
yela, kata orang sebab nila setitik, habis rosak susu sebelanga....
tapi ini bukan lagi setitik... bertitik-titik rasanya yang punya angkara,confirm lah tertepis juga sedikit nodanya, kotornya, dan kata nistanya  pada para solihin di luar sana walaupun mereka ni lansung tak bersalah...
ya, betul.. bukannya semua perempuan cukup solat 5 waktu.... banyak jugak yang tercicir kan... yang tak solat lansung pon banyak... tapi entah mengapa rasa lebih payah dan susah nak cari kaum Adam atau lebih jelasnya LELAKI yang solatnya terjaga dengan sempurna, 5 waktu sehari semalam... jangan kata 5 waktu, yang bersolat kadang-kadang pon bilangannya mungkin tak ramai? bukannya sekadar mahu bercakap kosong atau buat tuduhan melulu, tapi semua berdasarkan pengalaman dan pemerhatian...

contoh yang selalu saya nampak, bila bermesej dengan rakan-rakan di handphone, chat di facebook ataupun ketika ber'YM'.... selalunya akan chat terus je tanpa henti  dari mula masuk waktu solat sampai la masuk waktu solat yang seterusnya... ada mereka ni berhenti cakap nak solat? jawapannya tiada... dan masa chat tu takda pulak cakap nak berhenti kejap ke ape.... maksudnya, berkemungkinan memang tak solat.... tak silap saya, lelaki tidak pulak diberi cuti sebab keuzuran seperti kaum Hawa kan... jadi apa alasan anda tak solat? nak buat jamak ke? atau anda sedang sakit tenat? mustahil.... kalau sakit sekalipun, masih ada cara solatnya kan... jadi takde alasan untuk anda la.... ada jugak yang jenis pergi jalan-jalan kat shopping mall, bila masuk waktu solat, buat tak tahu je seolah-olah takda apa yang berlaku... dan waktu solat tu berlalu macam tu je la.. 

tapi, penah suatu ketika masa saya dengan cik2 kawan pergi jalan-jalan kat sebuah shopping mall, then masuk waktu solat... kitorang pun pergila ke surau mall tu.. then nampak ada girls2 yang memang seksi habis.. rambut pon warna2 yang sememangnya kita tahu itu bukan inai..ingatkan dorang ni nak buat ape, rupa-rupanya nak solat... elok je solatnya... habis solat, lipat-lipat telekung, then kembali seksi macam tadi... saya pun terfikir....  bagus jugak dorang ni... bab-bab solat jaga la pulak... cuma bab hijab tak jaga... takpelah, moga Allah bagi hidayah pada mereka... sekurang-kurangnya ada jugak niat mereka ni nak solat..


tapi kalau laki rasanya tak pernah nampak la pulak yang rambut warna-warni ni solat kat mana-mana... ke ada sape-sape yang penah nampak? yang saya tahu, penah satu masa dulu dekat kampung tok saya, ada nampak sorang artis lelaki ni datang solat sunat hari raya kat masjid... rambut memang panjang sampai pinggang, dia ikat macam kuda tu..  dan rambut dia tu warna perang karat.. tapi pakai songkok.. tu yang tak tahan tu.. haha... mungkin sebab solat hari raya kan... datang la jugak... huh.. macam-macam betul peel manusia ni...

Jadi kaum Adam, tolong la jaga solat anda tu.. kalau solat pun tunggang terbalik, macam mana la nak jadi pemimpin pada Hawa kan... untuk kaum Hawa pun sama je.. solat tiang agama... pincang solat, pincanglah agama kamu... peringatan ini untuk diri saya dan kita bersama ye... renung-renungkan n selamat beramal... heee... ^_^


4 comments:

  1. Alhamdulillah, setakat ni solat tetap dijaga dengan baik walaupun banyak juga tempangnya... perlu kan kekuatan untuk menangani sifat malas dan pengaruh bisikan syaitan.. solat itu tiang agama..

    ReplyDelete
  2. Gen2Merah...

    Alhamdulillah awak msih mnjaga tiang agama tu... moga awak sentiasa dalam lindungan dan rahmat-Nya... amin.. =)

    ReplyDelete
  3. kalau bule solat la kat surau/masjid :)

    ReplyDelete
  4. hai awak :) saye da follow awak :) follo me back @ http://tayarpancit.blogspot.com/2011/03/2011-fia-formula-one-world-championship.html

    ReplyDelete